Followers

Thursday, September 23, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa 5s 23-09-2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Hari ini tanggal 23 September 2010 bersamaan hari Khamis, telah diadakan perjumpaan/mesyuarat antara jawatankuasa 5s bagi BPL(K) untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang telah/sedang/akan dijalankan.
Perjumpaan ini adalah perjumpaan yang pertama selepas cuti hari raya Aidilfitri bagi tahun ini.

Perjumpaan tersebut telah diadakan seperti maklumat di bawah:

Tempat        : Bilik Kaizen 3, Tingkat 20, BPL(K)
Masa           : 10.00 pagi
Kedatangan : 9 orang
                     1) En.Rusli  Abd. Rahman
                     2) En. Rosmaini
                     3) En. Mohd Azli
                     4) En. Ahmad Jaminong
                     5) En. Alifudin
                     6) Pn. Nurul Anizan
                     7) Pn/Cik Annie Shafinaz
                     8) Pn. Ameizza
                     9) Pn. Wan Asmawati

Agenda       : Membincangkan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan serta isu-isu 
                     yang berbangkit dari mesyuarat yang lepas.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Rusli Abd Rahman, 
Timbalan Pengarah 1 (Pengajian)
Membincangkan berkaitan aktiviti audit yang 
telah berlangsung pada 26 Ogos 2010.
tekun mendengar penerangan dari pengerusi
Ahli Jawatankuasa mendengar penerangan oleh tuan pengerusi.


Perkara yang dibincangkan.

- Tarikh baru audit kali ke 3 - Tarikh yang sepatutnya audit pada 28 September 2010 terpaksa ditunda berikutan ketiadaan ramai jawatankuasa audit. Ini berikutan ramai di antaranya bercuti dan berkursus. Tarikh baru yang telah dicadangkan adalah pada 6 Oktober 2010 bersamaan hari Rabu.

- Tuan pengerusi memaklumkan pada hari ini akan diadakan presentation pada Jawatankuasa Pemandu di Bilik Mesyuarat tingkat 19 pada pukul 2.30 petang. Presentation ini akan menerangkan berkaitan keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan dari permulaan aktiviti 5s dan isu-isu yang berbangkit semasa aktiviti ini dijalankan.

No comments:

Post a Comment