Followers

Thursday, September 23, 2010

Pemilihan Logo 5S


Dengan Nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Mengasihani
Banner 5S yang digunakan
Logo 5S
Bentuk DEDAUN bulatan melambangkan pergerakan senantiasa dalam penambahbaikan.

DUA BULATAN MERAH SELARI membawa maksud dalam satu kumpulan yang bekerjasama dan berani membuat perubahan walaupun berlainan zon.

Pelbagai WARNA DEDAUN mewakili prinsip 5S dan mewakili 3 zon yang bergerak dalam satu putaran amalan 5S bersama.

Perkataan 5S terletak ditengah-tengah menunjukkan semua unit dan zon berpusat pada satu matlamat yang sama dan bersatu.


p/s - Untuk sebarang makluman berkaitan 5S, anda boleh dapatkan nya di Bilik Gerakan 5S di Bilik Kaizen 2, Tingkat 21, BPL(K), Bangunan MARA.

Sekian

Mesyuarat Jawatankuasa 5s 02-09-2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi  Maha Mengasihani


Perjumpaan tersebut telah diadakan seperti maklumat di bawah:

Tempat        : Bilik Kaizen 3, Tingkat 20, BPL(K)
Masa           : 10.00 pagi
Kedatangan : 9 orang
                     1) En.Rusli  Abd. Rahman
                     2) En. Rosmaini
                     3) En. Mohd Azli
                     4) En. Ahmad Jaminong
                     5) En. Abdul Malib
                     6) Pn.
                     7) Pn/Cik Annie Shafinaz
                     8) Pn. Ameizza
                     9) Pn. Wan Asmawati

Agenda       : Membincangkan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan serta isu-isu 
                     yang berbangkit dari mesyuarat yang lepas.
Mendengar Penerangan dari Pengerusi
En. Abdul Malib menerangkan berkaitan dengan
keputusan audit yang lepas
membincangkan berkaitan dengan 'check sheet'
untuk aktiviti audit
Membincangkan perkara-perkara berbangkit yang
akan dibawa ke Jawatankuasa Pemandu 5s.

Mesyuarat Jawatankuasa 5s 23-09-2010

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Hari ini tanggal 23 September 2010 bersamaan hari Khamis, telah diadakan perjumpaan/mesyuarat antara jawatankuasa 5s bagi BPL(K) untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang telah/sedang/akan dijalankan.
Perjumpaan ini adalah perjumpaan yang pertama selepas cuti hari raya Aidilfitri bagi tahun ini.

Perjumpaan tersebut telah diadakan seperti maklumat di bawah:

Tempat        : Bilik Kaizen 3, Tingkat 20, BPL(K)
Masa           : 10.00 pagi
Kedatangan : 9 orang
                     1) En.Rusli  Abd. Rahman
                     2) En. Rosmaini
                     3) En. Mohd Azli
                     4) En. Ahmad Jaminong
                     5) En. Alifudin
                     6) Pn. Nurul Anizan
                     7) Pn/Cik Annie Shafinaz
                     8) Pn. Ameizza
                     9) Pn. Wan Asmawati

Agenda       : Membincangkan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan serta isu-isu 
                     yang berbangkit dari mesyuarat yang lepas.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En Rusli Abd Rahman, 
Timbalan Pengarah 1 (Pengajian)
Membincangkan berkaitan aktiviti audit yang 
telah berlangsung pada 26 Ogos 2010.
tekun mendengar penerangan dari pengerusi
Ahli Jawatankuasa mendengar penerangan oleh tuan pengerusi.


Perkara yang dibincangkan.

- Tarikh baru audit kali ke 3 - Tarikh yang sepatutnya audit pada 28 September 2010 terpaksa ditunda berikutan ketiadaan ramai jawatankuasa audit. Ini berikutan ramai di antaranya bercuti dan berkursus. Tarikh baru yang telah dicadangkan adalah pada 6 Oktober 2010 bersamaan hari Rabu.

- Tuan pengerusi memaklumkan pada hari ini akan diadakan presentation pada Jawatankuasa Pemandu di Bilik Mesyuarat tingkat 19 pada pukul 2.30 petang. Presentation ini akan menerangkan berkaitan keseluruhan aktiviti yang telah dijalankan dari permulaan aktiviti 5s dan isu-isu yang berbangkit semasa aktiviti ini dijalankan.

Blog untuk 5s BPLK

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Untuk makluman semua, hari ini 23 September 2010 bersamaan hari gaji masuk untuk bulan ini, blog untuk aktiviti 5s bagi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Kemahiran) dibuat. Blog ini bertujuan bagi menyebarkan sebarang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di BPLK untuk semua staf. 

Untuk makluman anda, blog ini telah direka oleh Mohd Azli Idris dari Seksten Perolehan Alatan. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui email 5sbplk@gmail.com atau melalui sms 0163802291.

Sekian.